Wednesday 29 April 2009

mati hidup kembali

Jalan raya terlampau sunyi,
Untuk ku terus bermimpi,
Mataku belum mengantuk lagi,
Bawa kemana saja ku pergi,
Tunjukan ku bulan gerhana,
Tiada siapa nak ku jumpa,
Benda yang tiada ku sangka ada,
Tak mengapa, Oh tak mengapa..
Walau semalam gundah gulana,
Hari ini hari mulia,
Tak pernah aku rasa begini,
Seperti mati hidup kembali,
Bawa ku hilang dari ingatan,
Hari ini sehingga esok,
Tak pernah aku rasa begini,
Seperti mati hidup kembali..
Angkasa penuh dengan berlian,
Ku capai sebelah tangan,
Sebalik awan ada cahaya,
Bercahayalah selamanya,
Aku ketawa seorang diri,
Darah yang mengalir terhenti,
Fikiran ku melayang layang,
Tiada siapa yang kurasa..
Walau semalam gundah gulana,
Hari ini hari mulia,
Tak pernah aku rasa begini,
Seperti mati hidup kembali..
Bawa kuhilang dari ingatan,
Hari ini sehingga esok,
Tak pernah ku rasa begini,
Seperti mati hidup kembali..
Tak pernah ku rasa begini,
Seperti mati hidup kembali..
copy@right: Butterfingger mati hidup kembali

Tuesday 28 April 2009

Terpesona

Indahnya saat itu,
Bersama merasai,
Indahnya kurasakan,
Melafazkan kata itu..
Aku terpesona,
Aku terpesona,
Terpesona..
Aku terpesona..

Indah wajahmu aku terpesona,
Lirikan matamu aku terpedaya..
Indah wajahmu aku terpesona,
Lirikan matamu aku terpedaya..

Aku terpesona,
Aku terpesona,
Terpesona..
Aku terpesona..

Indah wajahmu aku terpesona,
Lirikan matamu aku terpedaya..
Indah wajahmu aku terpesona,
Bilakah masanya kitakan bersama...

Indah wajahmu aku terpesona..

Lirik: Epol
Lagu: RumahBaru

Rumah Baru???


Nah..ini dia barisan dari band terkemuka Asia Rumah Baru..!! ahaaa...band yang masih mentah, masih mengais-ngais ilmu dipersada seni bawah tanah..mungkinkah mereka akan bertemu yakjud & makjud dibawah tanah nanti..? Nantikan.. :)

Monday 13 April 2009

thank's Ustaz Rafi

huargh....!! aku mcam nak menangis..!3 perkara dari salah satu perkara yang aku benci kat dunia niialah trafik jam, menunggu dan ceramah...nah..baru malam td aku di muhasabahkan diri atau lagi enak kalauaku sebut `ditarbiahkan' oleh ustaz rafi...memang aku bengang betol bile da terduduk setable ngan ustaz rafi ni..aku da tau..mesti ada yang nak di tabliqkan untuk orang macam aku ni..ape jahat sangat ke aku ni..?! isk..tapi aku cuba untuk paksa telinga aku ni untuk dengar..bukan tak suka..tapi aku tau siapa aku dan diri aku..
20minit berlalu.. aku mula tertarik ngan ayat2 yang dia tabur untuk aku..takut, suka, dan macam2 perasaan timbul bila ustaz rafi start crita pasal syurga dan neraka.. dia kata dunia ni sementara.. apa yang kita lihat nisuma palsu..(sementara).. buktinya? :
1)kita berusaha untuk cari isteri cantik.. sesudahnya dia akan jadi tuadan berkedut gak..?! ye..semua tu sementara.. pastu mulalah kita cari isteri lain.. eheheee ustaz rafi try buat klakar..
tapi kiteorang senyap jek..
2)kita sibuk mengejar kekayaan hidup..sedangkan kita mati nanti tak sedikitbarang pun yang akan kita bawa ke kubur yang gelap tu.. eeii..
3)darjat dan kuasa.. sebesar mana manusia, setinggi mana darjat manusia,kita akan disatukan di aras yang sama bila dah mati nanti..
so kita xperlu lah terkejar2 kan sangat harta kekayaan dunia ni..cuma yang kita perlu ialah sedikit usaha,takwa dan redha dengan rezeki yang ditentukan.. ustaz rafi gak slalu sebut `sedarlah..ingat kat Allah.. Dia je yang kekal akhir nanti..'kita semua akan mati tau..mati tu suatu perkara yang mesti.. MESTI!!!entah esok,lusa atau malam ni kita akan mati.. semua tu di tangan Allah..Allah tu besar kan...urmm.. terpikir gak aku.. ape jadi kat aku kalau aku mati sekejap lagi erk..?!da cukup ke amal ibadat aku.. aduui...takut wey....ustaz rafi sambung lagi... kalau tak biasa dengan solat lima waktu, try buat siket2..kalau xreti nak solat pun dia boleh ajarkan..tapi aku rasa aku xlagi seteruk tu..sejahil2 aku tentang agama ni, Alhamdulillah aku boleh solat hasil didikan orangtua ku tercinta.. dia kata kalau liat sangat nak solat tu..dia suruh tenung sejadahkat rumah tu lama2.. aku x try buat lagi..sebab aku rasa dari aku tenung sejadah tu lama2, baik aku sembahyang..!eheeee..dan yang ngeri sekali dia ajak ke kubur mahmoodiah untuk muhasabahkan diri..dia sendiri yang akan handle program tu.. maak....!!! aku lom sanggup lagi la..tapi itulah ciri2 pejuang yang sebenar.. lihat kubur dan selalu ingat akan mati..tapi dia x paksa..aku cuma mampu tertunduk je..diam x diam da dekat 2jam dia tarbiah kiteorang..lupa aku nak cakap.. dalam tarbiahtu aku ngan 4 kawan lain turut terjebak..! ahaaa.. nasiblah..
aku rasa x perlulah aku nak cerita semua isi kandungan yang uztaz rafi kasi..bukan xnak kongsi,tapi xlarat da nak taip banyak2.. lagipun ada yang tersurat dan tersiratnya...tapi yang pasti sedikit sebanyak aku dapat gak rasa impak dia kat dalam diri aku ni..ntah tetiba aku rasa sedih dan takut je kat Allah... lepas selesai semua acara (majlis perkahwinan) tu aku balik pukul 1am naik motor.. aku lupa yang aku akan lalu 2 tanah perkuburan di cahaya masai nanti..aku ingat bila dah tinggal 100 meter lagi dihadapan kubur.. apalagi.. aku pun pulas minyak motor selagi leh pulas..!entah secara kebetulan time tu lampu jalan semua mati, pastu xde satu kreta pun yang lalu kat situ..huhuuu..gelap gulita..tapi Alhamdulillahaku selamat sampai rumah tanpa gangguan syaitanirajim..ahahaaa.. ngeri beb kalau ingatkan MATI!!! korang renung lah kejap..bukan nak tujuk bagus..tapi mati ni semua kita akan lalu kan..mungkin cerita aku ni x syok didengar..tapi yang pasti kau akan rasa impak yang lagi dasyat bila kau menghayati maksud `mati' itu sendiri..
wallahualam...

Sunday 5 April 2009

kedinginan aku

huaaargh....!! remote mane remote!! aku da nak beku ni doh.. bulu roma da terpacak tegak tembak syiling! start pkol 8am sampai 12pm ni je dah 4 kali aku ulang alik g tandas..wey..tu pon xpham lagi ke...! g la slowkan penghawa dingin tu..
mak aih..!luorang ni kulit biawak ke ape..?! kulit kerang.?kulit beruang kutub..
isk..taula luorang panass!!rimas ey....kesian.. tapi agak2 la wey..! penghawa dingin kita tu sayap dia betol2 luorang hala ke aku erk!! cam sia la wey... aku cari remote ni...!sape sorok kan.... hangen sey..! ckup 3jam je lagi aku camni,abes beku lah sistem2 pengaliran darah kat dalam tubuh aku.. cilakak sape sorokan remote aircon!!! wey brape lu mau jual remote tu..?! aku beli lah..!

Friday 3 April 2009

cuma waktu

menyayat hati.terguris lagi.kenapa mesti ada dia dan benci.tak harus ada sepatutnya.jika hanya menyiksa.tersiksa.kelam kabut.benar hatiku serabut.tersungkur, kejar dalam kabur.setelah berlari lumpuh.tarik nafas,hembus nafas.masih tersangkut, semput.lantas dongak langit.lalu aku siapa..?kembali kan semula.namun aku siapa..?padam kan semula.
jirusku dengan hujan.basahi aku perempuan.sedekah kan aku harapan.lantas tinggalkan sendirian.lagi,sendiri lagi.jelak perasankan diri.tak hairan biasakan diri.itukan memang aku..?bersama diri sendiri.argh..emosi semakin..transfomasi hati ke hati.hati hati nanti mati.benar pun sudah mati.pancaindera tak berfungsi.lagi tinggal diri melewati hari.
terus terang aku sayang,aku benci tapi hati?tipu diri aku rugi.nak diberi aku terkunci.
masa semakin menipu,hanya tahu memberi.langsung tak mahu mengundur..rasa ingin membunuh waktu.itu memang lama difikiran buntu. jelak aku dengan hari.tiada satu pun yang peduli.persetankan semua tragedi!ingin saja bawanya pergi.rangkulnya terbang keangkasa langit.tapi diri ini tidak berkuasa.nyatanya ku yang tidak berbisa.sayap pun kuncup basah luka x terbalut.namun mahu cuma aku tak mampu. pelangi,dari awal ku dah cuba lari.memberi amaran jangan ku dikejar.mengapa tidak tempohari lagi.bincangkan tentang cinta.tentang rindu.tentang manusia.logik akal dan firasatnya.dimana aku dan kamu.di ciciri waktu pertemuan senja.bersembunyi dibelakang hati.terlalu singkat abjad tersekat.tak hingga kehujung aku terjatuh.menanti hadir yang sudah pasti.kau bukan untuk aku. tapi ilahi qadar dan waktu. dan belum tentu kau terlepas dari ku. cuma waktu tunggu.. cuma waktu yang cemburu. sadakallahulazim..

Thursday 2 April 2009

aku pekerja yang bekerja

aku seorang pekerja.aku dilahirkan di rumah pekerja.
semasa kecil aku dilatih untuk bekerja. aku selalu dimarahi oleh ibu dan penjaga jika tidak mahu bekerja.jadi aku terpaksa bekerja.bekerja sehingga dewasa.setelah dewasa aku mulai tidak mahu bekerja.puas ibu dan penjaga memarahi aku kerana tidak mahu bekerja.aku punya suka lah tak mahu bekerja..aku sudah meningkat dewasa apa.darah muda ku semakin bergelora.aku sudah tahu melawan lain pekerja.aku mulai belajar ponteng bekerja.hari-hari aku semakin seronok ponteng dari kerja.bermula dari awal pagi hingga senja, aku dikerah bekerja. tapi aku cuma bekerja dua hingga tiga jam sahaja.kerana aku sudah pandai mengular kerja.sehingga kini aku masih lagi mengular kerja.blog ini ku karang ketika ku mengular waktu kerja.aku jadi seronok.dalam seronok ada duka juga.rupanya tak perasaan diperhatikan lain pekerja.lain pekerja tu disebelahan ku saja.badannya besar berketul2 pula.punyai 4 bahagian dada.terima kasih sahabat sudi memberi tahu jua.kini ku akan lebih berhati2 la.ku takut juga kelak diberhentikan kerja.kumahu kerja apa?hahahaha ku cuma layan boring saja.terima kasih kerana sudi membaca.lalalalaaaaa....... eh..eh...da ilang ngantok la..!

Wednesday 1 April 2009

Hari-hari yang mebusankan..!

‘Memberi makan syiro..’
ayat2 yang slalu buat aku ‘hahaha’ time blaja dulu..
ayat dari encik bulu..
dipetik dari rancangan animasi kanak2 `shincan’..
Bunyinya xlah menarik..tapi kalau kena dgan cara
penggunaanya..tajwidnya,vokalnya dan
yang penting nadanya….
Nah…ramuan yang cukup untuk buat aku ketawa selama 7hari..!
Hahahaa.. memberi makan syiro!

AKU TERBOSAN YANG SEBENARNYE..
TERNGANTOK NAK TERTIDO... HAMPEH...!