Friday 3 April 2009

cuma waktu

menyayat hati.terguris lagi.kenapa mesti ada dia dan benci.tak harus ada sepatutnya.jika hanya menyiksa.tersiksa.kelam kabut.benar hatiku serabut.tersungkur, kejar dalam kabur.setelah berlari lumpuh.tarik nafas,hembus nafas.masih tersangkut, semput.lantas dongak langit.lalu aku siapa..?kembali kan semula.namun aku siapa..?padam kan semula.
jirusku dengan hujan.basahi aku perempuan.sedekah kan aku harapan.lantas tinggalkan sendirian.lagi,sendiri lagi.jelak perasankan diri.tak hairan biasakan diri.itukan memang aku..?bersama diri sendiri.argh..emosi semakin..transfomasi hati ke hati.hati hati nanti mati.benar pun sudah mati.pancaindera tak berfungsi.lagi tinggal diri melewati hari.
terus terang aku sayang,aku benci tapi hati?tipu diri aku rugi.nak diberi aku terkunci.
masa semakin menipu,hanya tahu memberi.langsung tak mahu mengundur..rasa ingin membunuh waktu.itu memang lama difikiran buntu. jelak aku dengan hari.tiada satu pun yang peduli.persetankan semua tragedi!ingin saja bawanya pergi.rangkulnya terbang keangkasa langit.tapi diri ini tidak berkuasa.nyatanya ku yang tidak berbisa.sayap pun kuncup basah luka x terbalut.namun mahu cuma aku tak mampu. pelangi,dari awal ku dah cuba lari.memberi amaran jangan ku dikejar.mengapa tidak tempohari lagi.bincangkan tentang cinta.tentang rindu.tentang manusia.logik akal dan firasatnya.dimana aku dan kamu.di ciciri waktu pertemuan senja.bersembunyi dibelakang hati.terlalu singkat abjad tersekat.tak hingga kehujung aku terjatuh.menanti hadir yang sudah pasti.kau bukan untuk aku. tapi ilahi qadar dan waktu. dan belum tentu kau terlepas dari ku. cuma waktu tunggu.. cuma waktu yang cemburu. sadakallahulazim..

2 comments:

  1. perasaanmu.. aku faham
    keinginanmu.. aku faham
    mmg kita berhak memilih.. tapi!!
    terimalah seadanya.. bukan kerja kita smua nie.. chinta memerlukan pengorbanan. maka indah lah ia..

    ReplyDelete
  2. TypeGunaJari: fak... pantun 4 kerat ni xde kene mengena pon antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. tapi untuk pari2 dr alam bukan nyata.. eheheee.. blah la kau..

    ReplyDelete